Apa Itu CATUR BISTARI?

CATUR BISTARI adalah satu permainan mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk berdikari. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat  berniaga di kalangan masyarakat dan anak-anak. CATUR BISTARI memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.

CARA PERMAINAN


SIAPA ONLINE

Terdapat 1 pelawat online

LOG MASUK



PAUTAN WEB



 

 


Designed by:
Anggerik Technology

Cabaran CATUR BISTARI Inter-College UPM 2010

 

Pada 28 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Dewan Kesenian dan Kebudayaan UPM telah berlangsung Cabaran CATUR BISTARI Inter-College UPM 2010. Program ini dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan UNIPUTRA, UPM. Cabaran CATUR BISTARI Inter-College UPM 2010 telah di sertai oleh 27 kumpulan dengan penyertaan seramai 162 orang.

Pertandingan ini bermula tepat jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Selepas tamat pertandingan para peserta berpeluang mengikuti ceramah oleh YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation.

Keputusan pertandingan adalah sebagaimana berikut:

  1. Johan - Kolej 10A dengan aset terkumpul sebanyak RM 498,790,200
  2. Naib Johan – Kolej 10B dengan aset terkumpul sebanyak RM 295,787,560
  3. Tempat ketiga – Seol Kolej 11 dengan aset terkumpul sebanyak RM 167,951,210
  4. Individu Nilai Aset Tertinggi – Muhamad Shukor Abdul Wahab dengan aset terkumpul RM 180,000,000

Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh Dr Ariffin Abdu, Pengetua Kolej 13.

 

Cabaran CATUR BISTARI Inter-college UPM 2010

 

Gambar-gambar aktiviti semasa di Univerisiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 Mac 2010

Lagi di galeri gambar.

 

Dari papan permainan ke TV
(Akhbar UTUSAN 03/03/10)

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL

PASTI anda sudah biasa dengan papan permainan seperti Monopoly dan Saidina yang mengajar pemainnya untuk menguruskan kewangan dan perniagaan bukan? Negara kita sendiri sebenarnya ada papan permainan sedemikian yang bernama Catur Bistari.

Papan permainan yang menguji kemahiran keusahawanan pemainnya ini menerapkan ciri-ciri nilai murni ajaran Islam.

Dari papan permainan yang mendapat sambutan terutamanya daripada para pelajar institut pengajian tinggi (IPT), kini permainan itu ke rancangan realiti di kaca televisyen pula.

Digelar Catur Bistari d'TV, program realiti sebanyak 13 siri ini disiarkan di TV1 setiap Ahad pada pukul 2.05 petang dan dihoskan oleh pakar motivasi terkemuka tanah air iaitu Dr. Fazley Yaakob.

Catur Bistari d'TV diterbitkan oleh Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, rancangan realiti TV berbentuk pengurusan perniagaan ini turut mendapat pengiktirafan dari Jakim sebagai salah satu wadah berdakwah.

"Walaupun berteraskan Islam iaitu jihad dalam perniagaan, ia boleh disertai oleh semua kaum kerana ia mengajar nilai Islam yang sejagat seperti amanah, integriti dan tidak berbohong.

"Permainan ini menguji keupayaan diri, kecekapan dan kemahiran para peserta dalam pengurusan kewangan dan menjayakan sesuatu perniagaan.

"Para peserta perlu melalui tiga peringkat laluan iaitu Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Laluan Jihad Bisnes.

"Peserta yang mempunyai jumlah harta dan nilai mata yang tinggi selain menjayakan waqaf dan amal soleh akan dikira sebagai pemenang," ujarnya ketika ditemui di sidang akhbar Pelancaran Catur Bistari d'TV di Wisma Radio, Angkaspuri baru-baru ini.

Menerusi program realiti ini, sebanyak 16 buah pasukan yang melibatkan 48 orang peserta dari seluruh Malaysia telah bertanding untuk merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Para peserta yang terdiri daripada penuntut IPT, pekerja sektor awam, dan swasta serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membawa objektif utama penerbitannya iaitu untuk mencetuskan minat dan kesedaran yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.

Selain membentuk budaya dan minat bagi menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya pilihan di masa hadapan dan seterusnya memupuk semangat nilai-nilai keusahawanan.

Catur Bistari d'TV menawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada peserta dengan hadiah utama bernilai RM18,000 disamping hadiah-hadiah lain iaitu pakej pelancongan ke luar negara, pakej penginapan, produk Ayamas dan Secret Garden.

Selain itu, Catur Bistari d'TV juga menawarkan hadiah kuiz mingguan dan terkumpul kepada para penonton di rumah.

Penonton hanya perlu menjawab soalan-soalan yang dipaparkan di akhir setiap episod untuk melayakkan mereka memenangi kuiz mingguan atau kuiz terkumpul yang menawarkan hadiah seperti pakej pelancongan ke Pulau Sibu selama dua hari satu malam.


 

Cabaran CATUR BISTARI IPT Peringkat Kebangsaan 2010

 
Nantikan cabaran CATUR BISTARI IPT Peringkat Kebangsaan 2010 pada Oktober 2010. Johor Corporation  melalui Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd akan mengadakan siri pertandingan kelayakan di setiap universiti/politeknik/kolej.Pertandingan kelayakan ini diadakan untuk mewakili  setiap IPT untuk bermain di Cabaran CATUR BISTARI IPT Kebangsaan 2010 nanti.
 
  • Program ini dibuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta)/Politeknik/Kolej.
  • Penyertaan adalah berkumpulan yang terdiri daripada 6 orang sepasukan termasuk jurubank/"banker".
 
<< Mula < Sebelum 1 2 Seterusnya > Akhir >>

Page 2 of 2

PRODUK d'KFC

JOM ORDER!


JOM JOIN!


LAGU TEMA CATUR BISTARI

There seems to be an error with the player !

AKTIVITI CATUR BISTARI

BANCIAN

CATUR BISTARI kini di TV! Apa komen anda?
 

VIDEO YOUTUBE

Lihat Paparan Besar

BILANGAN PELAWAT

Seramaipelawat telah melawat laman ini sejak 25 Feb 2010