| APA ITU CATUR BISTARI? |
- Permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk anak-anak belajar berdikari.
- Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak.
- Pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
- Sesuai untuk bersama anak-anak berumur 6 tahun ke atas, dengan bimbingan ibubapa dan seluruh keluarga.
|
|
|
KONSEP CATUR BISTARI
|
- Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”.
- Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.
- “Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.
|
|
|
OBJEKTIF CATUR BISTARI
|
|
- Mencetus minat dan kesedaran kepada anak-anak dan para pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
- Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan para pelajar bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.
- Memupuk nilai-nilai berikut sebagai usahawan berjaya :-
- Memahami liku-liku kehidupan dan cabaran yang akan dihadapi di alam kerjaya dan keusahawanan.
- Belajar bila untuk mengambil risiko.
- Membina kecekapan dan kemahiran perundingan dan persepakatan dalam menjayakan sesuatu usaha.
- Memupuk minda keusahawanan dan minat berbisnes.
- Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan.
- Mengembangkan jaringan usahasama.
- Menanam semangat berbisnes untuk kesempurnaan hidup mengikut nilai Islam.
|
|