Apa Itu CATUR BISTARI?

CATUR BISTARI adalah satu permainan mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk berdikari. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat  berniaga di kalangan masyarakat dan anak-anak. CATUR BISTARI memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.

CARA PERMAINAN


SIAPA ONLINE

Terdapat 1 pelawat online

PAUTAN WEB



 

 


Designed by:
Anggerik Technology

Program Realiti CATUR BISTARI D'TV

BISTARI d’TV, program realiti pertandingan bisnes. Sebagai sebuah program realiti yang menarik dan dihoskan oleh Dr Fazley Yaakob, program ini adalah sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kefahaman bisnes menurut perspektif Islam di samping menggalakkan penerapan aspek-aspek keusahawanan di kalangan masyarakat.

Program pertandingan yang berasaskan kepada permainan CATUR BISTARI yang dibangunkan oleh Johor Corporation ini akan ke udara sebanyak 13 episod dan bersiaran setiap hari Ahad, jam 2 petang di TV1. Episod pertama program akan bermula 21 Februari 2010.

Program ini akan menampilkan seramai 48 orang peserta dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang di setiap episod. Pada setiap episod, seramai 6 orang peserta mewakili 2 kumpulan akan menguji keupayaan diri, kecekapan, kemahiran dan strategi memperolehi nilai aset tertinggi dan seterusnya muncul sebagai juara kumpulan dan meneruskan perjuangan ke Pusingan Akhir. Pastinya hanya peserta yang berjaya percaturannya akan muncul sebagai Juara ‘CATUR BISTARI D’TV’.

CATUR BISTARI D’TV turut menawarkan hadiah-hadiah menarik bernilai hampir RM 200,000.00 seperti Wang Tunai, Pakej Pelancongan dan Lawatan, Hamper Secret Garden dan baucer KFC. Jangan ketinggalan menyaksikan Program CATUR BISTARI D’TV, program cabaran bisnes yang mencabar minda lagi mendebarkan.

JADUAL PROGRAM CATUR BISTARI D’TV



Tidak ketinggalan kepada penonton di rumah, cabaran CATUR BISTARI juga menanti anda. Pastikan anda menyertai Kuiz Mingguan dan Terkumpul Penonton Di Rumah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

Hantarkan jawapan Kuiz Penonton Dirumah CATUR BISTARI D’TV kepada :

BISTARI YOUNG ENTREPRENEUR SDN BHD
LOT 1B, MENARA ANSAR
80000 JOHOR BAHRU
JOHOR

Tel   : 07-2185000
Faks : 07-2185100
Lamanweb : www.caturbistari.com.my
Email        : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


 

PRODUK d'KFC

JOM JOIN!


AKTIVITI CATUR BISTARI

BANCIAN

CATUR BISTARI kini di TV! Apa komen anda?
 

VIDEO YOUTUBE

Lihat Paparan Besar